Lisa Surihani Tampil Komen Isu Mengandung Anak Kembar
Baru-baru ini pelakon cantik, Lisa Surihani diberitakan bakal menerima cahaya mata kembar.Cerita ini mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata ingin mengetahui kesahihan berita tersebut dari tuan punya badan sendiri iaitu Lisa Surihani.
Akhirnya, Lisa Surihani tampil memberi sedikit ulasan dan juga hint tentang status kandungannya samada kembar atau tidak.
Ini komen Lisa Surihani: (via mStar)
"Kalau betul (kembar) Alhamdulillah tapi kenyataan itu bukan saya yang buat, bagi pihak saya lebih baik kami tidak umumkan apa-apa.
"Saya terima apa juga yang Allah kurniakan dan saya harap orang ramai juga mendoakan yang baik-baik untuk kami,"
"Saya harap semua orang hormati keputusan kita, jika saya tidak mahu berkongsi tentang sesuatu sudah pasti ada sebab tertentu dan masa yang tidak sesuai.
"Tapi saya rasa Yusry ada bagi hint dalam Instagram dia semalam tentang perkara ini,"
Setelah dilihat di instagram Yusry barulah ramai dapat mengagak status kandungan Lisa Surihani samada kembar atau tidak. Hint dari Yusry berbunyi seperti ini:
"Alhamdulillah, tiga tahun berlalu. Sayang menjadikan saya seorang yang lebih baik. Saya tahu Allah mencipta seseorang untuk saya berkongsi kasih sayang.
"Kamu memberi kebahagian dalam hidup saya, tiada seminit pun setiap hari saya tidak memikirkan tentang kamu. Insyaallah, ulang tahun perkahwinan pada tahun depan kita sambut berTIGA,"
Hint dari Yusry Abdul Halim ialah mereka akan sambut bertiga dan bukannya berempat.
Status dari Yusry KRU sebagai hint (klik gambar untuk besarkan) |
0 comments:
Post a Comment