Azwan Ali Buat Laporan Polis Kerana Gambar Jaafar Onn
Selebriti Azwan Ali telah membuat laporan polis ekoran penyebaran gambar palsu Jaafar Onn.
Gambar palsu itu menunjukkan dia sedang memarahi Jaafar Onn kerana menghantar sihir kepadanya.
Azwan Ali berkata dia menjadi mangsa jenayah siber dan gambar itu tidak pernah dimuatnaik olehnya.
Ini komen Azwan Ali (Murai):
"Gambar pelakon tersebut juga tidak dimuatnaik dari mana-mana sumber instagram , twitter serta blog milik saya. Apa yang boleh saya katakan saya telah menjadi mangsa jenayah siber.
"Saya tidak tahu apa motif pihak yang tidak bertanggungjawab itu berbuat demikian dan saya juga tidak tahu bagaimana mereka melakukannya.
"Apa yang boleh saya katakan, ini adalah satu fitnah yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan dirisaya. Disebabkan itu saya telah membuat laporan polis. Berani kerana benar dan takut kerana salah,"
Ini gambar palsu tersebut:
Gambar Palsu Yang Tersebar |
Sebelum ini Azwan Ali menyatakan di Melodi bahawa dirinya disihir oleh rakan artis yang bermula dengan huruf "J". (BACA SINI)
0 comments:
Post a Comment