Azwan Ali Mengamuk, Dedah Disihir Artis Bapok Tua Bernama 'J'
Azwan Ali bikin panas lagi. Kali ini selebriti ini membuat pendedahan dirinya telah disihir oleh rakan artis.
Melalui rancangan panas Melodi, Azwan Ali berkata artis tersebut menyihirnya dan memberi sedikit hint bahawa artis itu merupakan lelaki lembut atau bapok yang diberi gelaran "J".
Ini komen Azwan Ali: (via OhBulan)
“Kepada si pembuat sihir saya, muhasabahlah! Tuhan dah bagi macam-macam bala, musibahkan? Kau masih nak bermain sihir dengan aku. Sungguh jijik perbuatan. Dah berapa kali saya pergi Umrah saya balik saya kena sihir dengan ular jadian masuk dalam rumah saya. Tapi baru ni tiada ular, tiada biawak, tiada apa.
Saya sakit kaki dah 3 bulan dah. Tuhan suruh kita berikhtiar. Kalau kita kena benda-benda tak elok ni kita kena jumpa pakar untuk membuang bisa-bisa tu dan saya telah melakukannya. Biarlah orang nak ketawakan saya. Saya nak bersyukur kepada Allah SWT, begitu ramai followers saya di Instagram yang mendoakan supaya sembuh.”
“Jangan tanya mana saya dapat maklumat ni, tapi dengan kuasa Allah SWT, saya dah tahu perbuatan durjana artis ni. Artis ni sebenarnya seorang artis lelaki yang lembut, yang kononnya serba boleh. Tak tahu apa masalah dia, yang dia sibuk nak sihirkan saya, hantar segala bisa-bisa di kaki saya.
“Saya tak perlu buktikan, tapi kalau saya buktikan, hancur luluh karier dia. Dia boleh buat apa sahaja ke atas Azwan Ali di atas dunia ni, Allah SWT maha mengetahui. Saya ada bukti termasuk beberapa pengamal perubatan Islam yang mengubati saya dan mengesahkan memang artis ni lah punya kerja.”
Tapi siapa yang bapok sebenarnya? Hmmmm
ReplyDelete