10:18 0

Anak Jelas Hal Sebenar Setelah Gambar Jins Shamsuddin Kurus Tersebar


Anak Jelas Keadaan Sebenar Setelah Gambar Jins Shamsuddin Kurus Tersebar


Anak lelaki kepada Tan Sri Jins Shamsuddin telah menceritakan hal sebenar ekoran penyebaran gambar bapanya di laman sosial dan beberapa blog semalam.

Gambar yang menjadi viral itu melihatkan Jins Shamsuddin seperti sangat uzur dan sakit kerana dirinya amat kurus.

Namun sebenarnya, Jins Shamsuddin dalam keadaan sihat, cuma dia kini sedang mengalami penyakit Alzheimer.

Ini komen anaknya, Putera Hang Jebat:

“Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu." 

"Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah."

"Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus,"

Itulah penjelasan dari anak lelaki Jins Shamsuddin. Pelakon yang juga bekas senator nampaknya baik dan sihat sahaja. Syukur alhamdulillah. Semoga sentiasa sihat :)

sumber: Metro



0 comments:

Post a Comment