16:04 1

"Bohong Paling Besar" Ibu Zizan Razak Berang Dan Sedih


"Bohong Paling Besar" Ibu Zizan Razak Amat Sedih



Nampaknya isu penyebaran gambar seorang wanita dikaitkan dengan Zizan Razak membuatkan ibu Zizan berasa amat sedih kerana perkara itu fitnah semata-mata.

Melalui akhbar Berita Harian, ibu Zizan Razak, Anai Ibrahim membuat kenyataan bahawa ada pihak yang dengki dan iri hati dengan Zizan.

Ini komen ibu Zizan:

“Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata. Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan)”

“Macam ibu cakap tadi ada banyak lagi gambar orang lain (termasuk peminat perempuan) bersama Zizan dan ibu, tapi kenapa dia yang dijadikan sasaran untuk buat cerita begitu?”

“Anak ibu itu artis jadi sudah tentu ibu tahu kesannya jika buat perkara (muat naik gambar dan status) begitu. Takkan ibu tak boleh fikirkan benda yang tak cerdik macam itu sampai begini kesannya?”

Kini Zizan masih bersama Emma Maembong walaupun ada ura mengatakan Emma berkecil hati dengan gosip tersebut.

Keratan akhbar Berita Harian

1 comments:

  1. lambat la portal ni.. emma maembong dah bagi tahu dalam paper metro last week.. dah betul2 putus dengan zizan..betul2 bukan cobaan..

    ReplyDelete