13:27 0

Nubhan Kini Usahawan, Bakal Jadi Jutawan Muda


Nubhan Kini Usahawan, Bakal Jadi Jutawan Muda


Nubhan Ahmad merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 6 yang popular dengan lagu Ada Untukmu.

Nubhan kini merupakan Pengarah Urusan (CEO) bagi syarikat Nubhan Ventures.

Syarikat milik Nubhan mengeluarkan produk bedak asas bagi lelaki dan wanita yang diberi nama Juwita Divine Sexy Foundation.

Ini komen Nubhan: (Rotikaya)

“Sebelum berjaya saya banyak kali jatuh, tergolek, dan pelbagai dugaan lagi yang perlu saya tempuhi. Ada ketikanya saya ditipu dan dalam kocek seluar berbekalkan RM50 sahaja”

“Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran saya telah dikurniakan rezeki daripada Allah. Walaupun, banyak pengalaman dan dugaan tapi saya jenis tak mengenal erti putus asa,”

“Mengenai status jutawan, kalau dapat Alhamdulillah, itupun kalau dapat capai target. Apa-apa sekalipun kita kena tahu bagaimana mahu mengawal diri untuk berrpijak di bumi yang nyata”

“Kadang-kadang apa yang berlaku dengan diri kita adalah pengajaran dan jangan lupa diri,”

Sementara itu tunangnya juga memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Nubhan dan akan berkahwin setelah keadaan mereka stabil.

Tahniah buat Nubhan dan semoga berjaya.


0 comments:

Post a Comment