14:22 0

Gambar Anak Perempuan Radhi OAG Yang Comel


Gambar Anak Perempuan Radhi OAG


TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Radhi OAG dan Ayu kerana menerima orang baru dalam keluarga mereka.

Isteri Radhi, Shahira Ayu telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 30 Januari 2015 di Tropicana Medical Centre, Kuala Lumpur.

Ini komen dari Ayu:

Alhamdulillah Baby Girl !!! 
30.01.15, 8:10pm & 2.84kg

Sementara melalui akaun Twitter, akaun OAG Official mengucapkan jutaan tahniah kepada Radhi dan Ayu:

 "Tahniah buat Radhi and Ayu selamat melahirkan baby girl. Doakan semoga semua dipermudahkan. Alhamdulillah."

Untuk pengetahuan, Radhi OAG bernikah dengan Ayu di masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Jumaat, 4 April 2014.

Radhi OAG juga pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia sepuluh tahun.



0 comments:

Post a Comment