Micheal Ang Beri Amaran Kepada Ayda Jebat
Ayda Jebat dilihat agak lain seperti dah bulat dan seperti telah naik berat badan ketika muncul di rancangan drama baru berjudul Diva.Oleh kerana berat yang telah naik dan muka kelihatan bulat, Ayda Jebat telah diberi warning oleh pengarah Micheal Ang agar menguruskan badannya.
Selain itu, Ayda jebat juga telah dikatakan ada iras-iras Rosnah Mat Aris apabila wajah semakin bulat.
Ini komen dari Ayda Jebat:
"Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.
"Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris,"
"Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya.
"Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh,"
"Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.
"Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan,"
"Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.
"Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti,"
BACA JUGA:
>> Gambar Persandingan Zul Ariffin dan Izara Aisyah << LIHAT SINI
>> Micheal Ang Gelar Juri MLM2014 Bodoh << BACA SINI
0 comments:
Post a Comment