Asfan Diugut Bunuh Dan Bakar Kerana Pakai Baju Seperti Simbolik Dajjal Atau Illuminati
Penyanyi Asfan telah membuat report polis keran diugut bunuh gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29).
Rekaan logo mata satu dan lambang tiga segi pada baju yang dipakai olehnya dikaitkan dengan simbolik Dajjal atau Illuminati.
Oleh kerana itu, Asfan dikecam orang ramai malah turut diugut bunuh dan dibakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.
Semalam, Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya.
Ini komen Asfan: (Bharian)
"Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah akan datang.
"Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.
"Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.
"Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak juga ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial,"
Kata Asfan,lambang serta logo di baju itu sebenarnya adalah simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.
0 comments:
Post a Comment