10:11 2

Nabil Umum Bersara Dari Maharaja Lawak Mega


Nabil Umum Bersara Dari Maharaja Lawak Mega


Pelawak popular Nabil Ahmad telah membuat pengumuman mengejutkan apabila membuat keputusan bersara dari arena pentas Maharaja Lawak Mega.

Ini komen dari Nabil: (rotikaya.com)

“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.

“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”

“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” 

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana berjaya dapat tempat ketiga, kerana mula-mulanya saya ingat apabila diumumkan tempat kelima ialah Bocey dan saya mengagak dalam percaturan saya sendiri bahawa saya mesti yang keempat, tetapi sebaliknya saya di tempat ketiga. Saya sangat berpuas hati dan berterima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya selama ini,”

Apapun Nabil sememangnya hebat beraksi secara 'stand-up comedy'. Minggu separuh akhir menunjukkan persembahan hebat dari Nabil terutama tema loghat.

Pastinya peminat setia Nabil akan sedih dengan berita ini dan kelibat Nabil di pentas Maharaja Lawak akan dirindui sebagai satu-satunya peserta solo. Good luck Nabil!


2 comments:

  1. elok lar tu...ekau dari dulu mmg tak penah kelakar......buat lawak atas kekurangan org....mcm lar ekau perfect sgt.....by the way psl ngaku tak ingat alif ba ta tu pon bagus jugak, nampak sgt le akal ko tahap kesian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut hanggg .. mak bapak tak ajar ka ? mcm bagus sgt .. ntah2 hang yang tak ingat alif ba ta .. mmalukan ..

      Delete