Searching...
03:03 0

Rosyam Nor Dan Emma Maembong Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


Rosyam Nor Dan Emma Maembong Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


2 orang selebriti popular iaitu Rosyam Nor dan juga Emma Maembong telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya yang berasingan minggu ini.

Rosyam Nor Terselamat Dari Kemalangan

Pelakon Rosyam Nor terlibat dalam satu kemalangan ketika memandu di dalam keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat. Kejadian berlaku di jalan berdekatan pusat asasi UIAM.

Rosyam terbabas dan berlanggar pembahagi jalan namun terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun kereta miliknya rosak teruk.

Rosyam Nor bersyukur kerana tidak tercedera.

Emma Maembong Dilanggar Lari

Pelakon cantik yang juga kekasih kepada Zizan Razak iaitu Emma Maembong dikatakan telah terlibat dalam satu kes langgar lari.

Sebuah kereta melanggar kereta yang dinaiki Emma Maembong dan melarikan diri kira-kira jam 3 pagi Isnin yang lalu.

Emma Maembong bersama rakan pelakon Lia Natalia berada di dalam kereta yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk shooting.

Emma Maembong dan rakan-rakan terselamat namun keretanya mengalami kerosakkan.



0 comments:

Post a Comment