10:47 0

Ajak Shiro Jawab Dakwaan Saudara Bahawa Dia Lupa Diri


Ajak Shiro Jawab Dakwaan Saudara Bahawa Dia Lupa Diri


Ada seorang saudara Ajak Shiro yang membuat kenyataan bahawa Ajak kini telah melupakan kampung halaman.

Ekoran jadual kerjanya yang apdat, sememangnya Ajak Shiro jarang pulang ke kampung tetapi itu semua kerana kerja bukan bererti dia sudah lupa diri.

Ini jawapan Ajak Shiro kepada dakwaan saudaranya itu:

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," 

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati,"

Bagi Ajak Shiro gosip ini wajar dijadikan pengajaran buat dirinya.

sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment