Komen Diana Rafar Pula Setelah Sah Bercerai Dengan Zamarul
Kini Diana Rafar tampil memberi respon setelah Zamarul membuat kenyataan menyatakan mereka telah bercerai.
Baca kenyataan media dari Zamarul Hisham tentang penceraian mereka Di Sini. Video Zamarul Hisham pula boleh di tonton Di Sini
Ini komen Diana Rafar:
“Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul”
“Apa yang berlaku menjadi ruang untuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ini,”
“Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah,”
"Saya tak nafikan ada orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku. Mungkin juga orang terdekat, sahabat atau sebagainya tapi bagi saya biarlah semuanya ini menjadi iktibar supaya saya lebih berhati hati selepas ini,"
Bagi Diana Rafar dia tidak pernah bermusuhan dengan Zamarul dan Zamarul Hisham masih lagi bapa kepada anaknya. Diana juga memuji cara Zamarul berdepan dengan media tentang kes penceraian mereka.
~ Pakej Cuti Murah Ke Krabi (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment