15:50 0

Zamarul Hisham Dedah Kini Sah Bercerai Dengan Diana Rafar


Zamarul Hisham Dedah Kini Sah Bercerai Dengan Diana Rafar 


Terbaca di Bharian ada mengatakan Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini telahpun bercerai talak satu pada Januari 2015.

Paling mengejutkan, Zamarul Hisham juga akui ada kehadiran orang ketiga yang menjadi antara punca penceraian mereka berdua walalupun akui kedua-dua mereka mempunyai kesilapan masing-masing.

IKLAN: Jom Ke Krabi Dengan PAKEJ MURAH (Klik Sini)

Namun Zamarul Hisham akui masih menyayangi Diana Rafar dan merindui bekas isterinya itu setelah berpisah.

Ini komen Zamarul Hisham (Video pengumuman Zamarul ini boleh ditonton DI SINI)

“Memang tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Memang kami sudah sah bercerai Januari lalu. Cuma apa yang berlaku ada hikmah. Terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja”

“Apatah lagi memenangkan diri sendiri untuk hal berbangkit. Cukup orang tahu kami bercerai pada tarikh itu. Mungkin masing-masing ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang, perlu diubah”

“Saya ibaratkan perceraian ini satu cara bermuhasabah diri. InsyaAllah berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kami ia umpama satu semangat. Komen positif yang diterima, Insya-Allah hubungan kami rasanya masih kuat lagi,”

“Siapa yang tak sayang isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia”

“Sebab itu, dia tahu saya masih berada di sini. Doakan kebahagiaan kami dan kesihatan. Rindu itu masih ada. Sayang memanglah masih sayang,”

Sementara itu ini pula kenyataan Zamarul Hisham apabila dutanya tentang orang ketiga.

Sebenarnya wujud orang ketiga ini secara kebetulan. Bagi saya hal ini mudah. Saya sendiri suka berkawan dan memberi kebebasan kepada isteri juga dalam hal berkawan. Berkawan ini membuka penting untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dan kerjaya seninya.

Cuma dalam erti kata berkawan. Ada kalanya kita tersalah percaturan bertemu kawan yang salah dan sebaliknya. Batas tetap ada batasannya. Jangan sampai melanggar batasan yang ditetapkan itu. 

Saya sejujurnya mengaku tak pernah berjumpa dia apatah lagi berurusan dengannya. Malahan saya tak pernah pun menghadiri majlis hari lahir anaknya. Iyalah masing-masing buat kesilapan cuma saya tak mahu menimbulkan spekulasi dan mengaibkan sesiapa.

Kita boleh jumpa bercakap secara lelaki dengan lelaki. Saya boleh jadi abang kepadanya dan mendengar versi cerita daripadanya. Saya kesal walaupun mempertahankannya dengan kenyataan menipu pembaca itu, dia masih tak muncul untuk bersemuka.

Saya sudah memujuk hingga menjatuhkan diri saya sebagai Zamarul Hisham. Benda sudah berlalu. Jika dia rasa haru memperbetulkan apa yang perlu, jumpa saya dengan baik. Jika dia rasa berdiam diri itu lebih baik, terpulang kepadanya

Zamarul Hisham dan Diana Rafar bernikah pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka.

Video pengumuman Zamarul ini boleh ditonton DI SINI.


0 comments:

Post a Comment