14:39 0

Doktor Sahkan Umie Aida Ada Penyakit, Sukar Mengandung


Doktor Sahkan Umie Aida Ada Penyakit, Sukar Mengandung


Pelakon Umie Aida, 41 tahun, akui sememangnya sukar untuk mengandung kerana mempunyai masalah kesihatan yang disahkan oleh doktornya.

Umie Aida berkata kepada majalah MediaHiburan ini merupakan dugaan buatnya dan telahpun bercadang mengambil anak angkat.

~Dapatkan Cara Untuk Claim Minyak FREE Di Shell (Baca Sini)

Ini komen Umie Aida:

"Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu."

"Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya," 
  
"Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya."

"Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah," 

Sumber: Media Hiburan


0 comments:

Post a Comment