10:40 0

Kes Dera: Pengurus Tegar Tampil Dedahkan Perkara Sebenar


Kes Dera: Pengurus Tegar Tampil Dedahkan Perkara Sebenar


Muhammad Arif Dollah telah menafikan dia melakukan penderaan seksual terhadap penyanyi cilik, Tegar ketika berada di Malaysia. (BACA SINI)

Arif Dollah tampil membuat kenyataan dan memberi respon tentang dakwaan Tegar dan keluarganya di Indonesia semalam.

Kata bekas pengurus Tegar ini, dia mendakwa pihak keluarga Tegar turut mereka cerita bagi memburukkan namanya.

Arif Dollah juga mengatakan ibu Tegar ada mendakwa dia meliwat anaknya melalui SMS. Ini antara komen dan kenyataan dari Ariff Dollah:

Dituduh Meliwat:

 "Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor jika benar dia diliwat.

"Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis,"

Keluarga Tegar Ubah Cerita:

"Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain? Bagaimana boleh timbul pula cerita saya menyuruh dia tidur memakai seluar dan menemaninya ketika mandi?"

Isu Tidur Seluar Dalam Dan Mandi Bersama

"Di rumah itu hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik.

"Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja.

"Bagaimanapun, saya akui ada menemani Tegar mandi tetapi saya hanya tunggu di luar pintu bilik air kerana Tegar seorang yang penakut,"

Isu Curi Gitar Dan Barangan Tegar

"Gitar itu berharga hampir RM10,000 dan kami berkongsi membelinya. Barangan itu tidak hilang sebenarnya, cuma 'disorok' di rumah itu.

"Saya menyimpannya atas permintaan Tegar sendiri. Dia takut barangan itu dijumpai ibunya yang diketahui memang suka menjual barangan berharga untuk mendapatkan wang,"

"Saya akan melantik peguam berhubung perkara ini," 

Itulah penjelasan dari pihak Arif Dollah. Kita tunggu sahaja lah siasatan dan keterangan selanjutnya. Buat masa sekarang masih tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Sumber: Metro


0 comments:

Post a Comment