09:57 0

Gadis Dari Astro Dan Zizan Razak Buka Mulut Isu Hubungan Cinta


Gadis Dari Astro Dan Zizan Razak Buka Mulut Isu Hubungan Cinta

Kisah cinta rahsia antara Zizan dan pegawai atasan dari Astro telah disebarkan sehingga menyebabkan kemrahan ibu Zizan Razak (BACA SINI).

Gadis yang dikaitkan dengan Zizan Razak iaitu Naib Presiden GenNext Astro, Puteri Yasmin Megat Zaharuddin, berkata dia sudah memberikan kenyataan apa yang dirasakan wajar sebelum ini.

Ketika diasak soalan, ini komen Yasmin: (via Bharian)

“Tidak ada kebenaran (mengenai dakwaan hubungan dengan Zizan), saya tahu anda semua pun tahu. Saya perlu menghormati majlis dan pihak penganjur. Tidak patut tumpuan diarah kepada saya,”

Sementara itu, Zizan juga ditanya soalan tentang hubungan cintanya dengan Yasmin ketika majlis sidang media sewaktu pratonton filem Cicakman 3. Ini pula jawapan Zizan Razak:

"Rasa kelakar bila dapat tahu isu ini keluar, tak tahu macam mana perkara ini boleh timbul dan tak tahu ini fitnah jenis apa. Saya menganggap Puteri Yasmin Megat Zaharuddin itu seperti kakak saya di luar dan manager atau bos saya ketika bekerja.

"Saya menyokong apa yang dikatakan Yasmin ia sebagai suatu fitnah. Apa pun saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana semakin banyak benda positif yang ingin saya buat banyak pula perkara negatif timbul, saya percaya ia adalah dugaan yang harus saya terima untuk tahun ini,"

Zizan dan Yasmin digosipkan bercinta sehingga menyebabkan hubungan dengan Emma Maembong terputus. Namun Zizan kini Zizan menafikannya.

Ibu Zizan Razak marah kisah percintaan Zizan dan Yasmin tersebar (BACA SINI)

P/s: banyak betul dugaan Zizan dan Jep Sepahtu sekarang.


0 comments:

Post a Comment