09:42 0

Gadis Mula Dekati Abam Bocey, Tak Percaya Keikhlasan Mereka


Perempuan Mula Dekati Abam Bocey, Tak Percaya Keikhlasannya


Abam Bocey kini semakin popular apabila lawak Bocey mendapat tempat dan diterima rakyat Malaysia.

Kejayaan di pentas Maharaja Lawak menyebabkan nama Abam terus diingati sebagai anatara pelawak yang popular di Malaysia.

Apabila bercerita tentang cinta dan perkahwinan, Abam telah menyerahkannya kepada ibu kerana tidak pasti dengan keikhlasan wanita yang mendekatinya.

Ini komen Abam:

"Saya sudah serahkan hal ini pada ibu dan biarlah dia cari wanita yang sesuai untuk saya. 

"Memang ada wanita yang cuba rapat dan kenal dengan saya, cuma saya tidak percaya dengan keikhlasannya sama ada betul dia ingin rapat dengan ikhlas atau sebab tertentu,"

"Dulu masa saya tidak dikenali tidak ada siapa pun yang mahu kenal, tetapi bila sudah dikenali ramai pula yang mahu rapat," (mStar)

~BACA JUGA: Gambar Kekasih, bakal Isteri Fad Bocey (Lihat Sini)


0 comments:

Post a Comment