Searching...
10:50 0

Gambar Terkini Penyanyi Dangdut Iwan Bersama Isteri Dan Anak


Gambar Terkini Penyanyi Dangdut Iwan Bersama Isteri Dan Anak


Bekas penyanyi dangdut, Iwan  kini telahpun hampir 5 tahun berhijrah dan berdakwah, kini dia akui dirinya semakin tenang dalam kehidupan seharian.

~ 8 Perkara Paling Teruk Pemandu Malaysia Buat (KLIK SINI)

Iwan kini aktif dengan kumpulan tablighnya namun tidak terus berhenti menyanyi sebaliknya masih menerima tawaran nyanyian tetapi kini lebih berunsurkan ketuhanan dalam senikata dan bait lirik.

Ini komen Iwan: (sumber: utusan)

“Saya mempunyai asas agama sejak belasan tahun lagi hasil bimbingan guru atau ustaz yang pernah mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya. Cuma dahulu ketika sudah berada di persada seni hiburan tempatan, agak lalai mengamalkannya sehingga alpa kepada-Nya.

“Kini, saya aman dengan rutin kehidupan harian yang ditempuhi sejak berhijrah. Tetapi cinta terhadap muzik dangdut tidak pernah pudar dan akan terus mendendangkannya,”

“Saya masih lagi belajar ilmu akhirat dengan mengikuti kumpulan ini. Ia berkonsepkan perkongsian, segala ilmu dikongsi bersama selagi ia masih di jalan yang lurus.

“Bermastautin dari satu tempat ke satu tempat memberi peluang kepada saya untuk mengetahui budaya dan tradisi setempat. Kumpulan tabligh saya cuba untuk menyelami cara mereka agar mudah untuk didekati,” 

Ini merupakan gambar terkini Iwan dan juga keluarganya.





0 comments:

Post a Comment