09:46 0

Kamal Adli Jawab Dakwaan Sudah Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga


Kamal Adli Jawab Dakwaan Sudah Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga


Kamal Adli acapkali dikaitkan dengan pelakon cantik Emma Maembong.

Baru-baru ini, Kamal Adli dikatakan sudah membawa Emma Maembong berjumpa keluarganya.

Ini jawapan dari Kamal Adli: (SinarHarian)

"Bagaimana perkara begini boleh tersebar sedangkan saya tak pernah bawa Emma jumpa keluarga saya. Tuduhan sebegini memang tak masuk akal.

"Saya mengaku yang saya berkawan dengan Emma namun tak adalah sampai ke perhubungan yang lebih serius sehingga membawanya ke rumah.

"Kami hanya kawan biasa dan saya sendiri sedia maklum dengan situasi yang sedang menimpa Emma sekarang ini. Kalau boleh, saya tidak mahu dia dihentam lagi dengan gosip seperti ini. Cukuplah, jangan buat dia tertekan lagi,"

"Saya berkawan dengan semua orang dan keserasian itu akan timbul dengan sendiri tanpa perlu kriteria. Namun, buat masa ini, saya lebih fokus pasal kerjaya terlebih dahulu.

"Lagipun, umur saya baharu 29 tahun. Kalau boleh, saya malas dah nak bercinta dan terpaksa menunggu lama-lama.

"Sekiranya saya ada jodoh dengan Emma ataupun sesiapa sahaja, itu adalah ketentuan dari-Nya. Namun, saya tidak mahu orang mengaitkan saya sebagai orang ketiga ataupun punca perpisahan orang lain,"



0 comments:

Post a Comment