PUNCA SEBENAR Sharifah Sakinah Tak Bagi Liputan Media Di Majlis Nikahnya
Sharifah Sakinah bakal bernikah tidak lama lagi. Yang terbaru, dikhabarkan majlis akad nikah pelakon tersebut tidak akan ada liputan media.
Hanya keluarga dan juga sahabat terdekat yang dijemput untuk memeriahkan majlis akad nikah tersebut.
Ini punca sebenar kenapa Sharifah Sakinah tidak mahu liputan media:
“Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi dengan media dan peminat, cuma saya tidak mahu majlis tersebut akan jadi kelam kabut dan masa bersama keluarga serta rakan-rakan akan terjejas. Kalau boleh, saya mahu mereka semua berada di sisi saya dan berkongsi perasaan ketika itu,”
"Saya dah pernah lalui ketika kakak saya dan rakan artis lain yang terlalu sibuk selepas majlis akad dengan sesi temuramah media sehingga mereka tiada masa untuk keluarga dan rakan-rakan yang datang.
"Kalau boleh saya tidak mahu la jadi begitu kerana selepas akad nikah kami semua akan pergi makan bersama-sama,"
Namun, Sharifah Sakinah akan meraikan hari perkahwinannya untuk pihak media pada majlis resepsi yang akan diadakan pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Itu hak masing-masing kan..;)
ReplyDelete