14:16 0

Punca Rozita Che Wan Memakai Tudung Didedah


Punca Rozita Che Wan Memakai Tudung Didedah

Rozita Che Wan merupakan antara selebriti yang kini telah berhijrah memakai tudung dan menutup aurat.

Setelah pulang dari umrah Rozita Che Wan akhirnya nekad untuk berubah kepada lebih baik dan tentunya Zain Saidin orang paling gembira.

Baca juga: Malaysia Boleh !! (Baca sini)

Selain itu, antara sebab Rozita Che Wan memakai tudung adalah kerana ingin diri sendiri dan juga menunaikan tanggungjawab isteri setelah Zain Saidin memintanya bertudung.

Ini kenyataan dari Rozita Che Wan: (kosmo)

Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung.

Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.

Suami (Zain) merupakan orang yang paling gembira+. Dia suruh saya segera pergi beli pakaian baharu untuk disesuaikan dengan tudung. Dua anak lelaki saya juga gembira dengan perubahan positif ini. Adik-beradik saya semuanya sudah bertudung dan mereka amat menyokong apabila saya mengambil keputusan untuk bertudung.

Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Jujur, saya tidak pernah ambil peduli tentang orang lain. Saya lakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri sendiri bukan sebab persekitaran atau paksaan orang. Biarlah mereka hendak kata apa sekalipun tentang diri saya kerana bercakap tidak perlu bayaran.

Apapun tahniah kepada Rozita Che Wan di atas penghijrahan ini. Makin ramai dan bertambahlah peminat Che Ta selepas ini.


0 comments:

Post a Comment