18:54 0

Tasha Shila Sahkan Dah Putus Cinta Dengan Hans


Tasha Shila Sahkan Dah Putus Cinta Dengan Hans


Pelakon Tasha Shila akhirnya mengesahkan status hubungannya dengan Hans, warga Thailand yang merupakan ahli tinju Muay Thai.

Mereka berdua sah telah putus cinta hampir sebulan yang lalu. Perkara ini diucapkan sendiri oleh Tasha Shila.

Baca Juga: Siapa Ada Handphone Boleh -> KLIK SINI

Ini komen dari Tasha Shila: (HLive!)

“Kami dah tiada apa-apa hubungan, sebelum ini pun kami berkawan rapat saya anggap ini adalah suratan takdir dan masing-masing telah pun buat haluan sendiri.

“Kalau perpisahan kami disebabkan oleh orang ketiga, hal itu saya saya enggan komen dan tidak mahu mengulas lanjut, itu semua hanya ‘rumors’,” 

“Dah hampir sebulan kami bukan lagi pasangan kekasih, ini semua pengajaran buat saya, untuk bercinta dan berkasih sayang kita perlu berkorban dan jujur antara satu sama lain.

“Saya dengan Hans masih baik, tiada perasaan dengki mahupun berdendam dengannya, saya dah berusaha tapi Tuhan telah menentukannya,”

Memang tak ada jodoh, nak buat macam mana kan..


0 comments:

Post a Comment