TERKINI: Selebriti Yatt Hamzah Diugut Bunuh
Selebriti Yatt Hamzah telah diugut bunuh. Ini kerana Yatt Hamzah sering berjuang dan terlibat dalam aktiviti kemanusiaan.
Kebanyakkan aktivit dan misi kemanusiaan yang disertai Yatt Hamzah melibatkan negara Islam jadi pihak yang anti Islam sering membuat ugutan bunuh dan menyerangnya di laman sosial.
Ini komen dari Yatt Hamzah: (mStar)
"Saya sudah beberapa kali diugut bunuh oleh pihak-pihak yang tidak sukakan Islam, mereka menyerang laman sosial saya dengan maki hamun menggunakan perkataan yang kasar.
"Mereka berbuat demikian kerana saya sering memuat naik status atau berkongsi tentang peperangan dan kekejaman yang dilakukan keatas negara-negara yang sedang bergolak,"
"Pada awalnya saya takut juga, namun lama kelamaan saya fikir mereka hanya sekadar menulis untuk menakut-nakutkan sahaja.
"Buat masa ini saya tidak rasa keselamatan saya terancam pun,"
"Instagram dan facebook saya kerap kali disekat terutama bila muat naik status berkaitan peperangan dan keganasan Israel.
"Pengikut instagram saya pun tiba-tiba hilang dalam jumlah yang banyak, namun itu semua dugaan yang kecil dan tidak mematahkan semangat saya,"
Teruskan berjuang ye Yatt Hamzah.
0 comments:
Post a Comment