09:45 0

Aaisyah Dhia Rana Cipta Sejarah, Antara Artis Paling Muda Di Malaysia


Aaisyah Dhia Rana Cipta Sejarah, Antara Artis Paling Muda Di Malaysia


Aaisyah Dhia Rana, anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin akhirnya mencipta sejarah apabila bernaung di bawah syarikat pengurusan artis LOL milik Dafi.

Ini komen Che Ta tentang hal ini:

“Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.

“Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta,” 

LOL dimiliki oleh Dafi dan rakannya Afeeq merupakan antara syarikat pengurusan artis yang terbaik setakat ini. Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga bernaung di bawah LOL.


0 comments:

Post a Comment