22:16 0

Rasa Diri Hodoh, Penyanyi Amylea AF Pernah Cuba Bunuh Diri


Rasa Diri Hodoh, Penyanyi Amylea AF Pernah Cuba Bunuh Diri


Oleh kerana rupanya yang dirasakan kurang cantik dan hodoh, penyanyi Amylea akui pernah mencederakan dirinya.

Amylea merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga yang dimenangi oleh Mawi. Amylea mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut.

Ini komen Amylea: (Rotikaya)

“Sejak daripada dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut. 

“Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata mereka tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis, namun saya bernasib baik ada juga yang tidak memandang begitu.

“Tapi janganlah fikir saya sengaja mencari simpati dengan cara ini kerana itu bukan sebab utama saya ingin kembali. Saya ada kongsi perasaan saya di dalam Facebook dengan niat untuk mengingatkan mereka yang suka berkata tanpa memikirkan perasaan orang yang dikutuk mereka,” 

Amylea dikatakan bakal muncul dengan lagu baru dan membuat come back dalam industri seni ini.



Jom Hilangkan PARUT................................Jom beli SEKARANG sementara masih PROMOSI !!Diskaun Harga Sehingga...
Posted by Azanis Scar Serum Untuk Hilang Parut on Friday, March 27, 2015

0 comments:

Post a Comment