Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang bayi perempuan berumur 17 bulan telah diculik setelah rumahnya dipecah masuk.
Kejadian disedari pada waktu semua ahli keluarga ingin makan sahur dan mendapati bayi berkenaan tidak ada di katil.
Setelah hampir 15 jam hilang, akhirnya tindakan panats pihak polis berjaya menemui semula bayi bernama Nur Aisyah ini.
Nur Aisyah ditemui di semak tidak jauh dari rumahnya dalam keadaan yang menyayat hati akibat digigit oleh kerengga.
Bayi ini telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ini eprkongsian dari si ibu:
"Assalamualaikum
"Ramai bertanya tentang aisya
"Saya menjawab semua persoalan anda disini. Sekejap lagi sembayang jumaat saya mohon doakan anak saya kembali sihat,hilang trauma yang dia hidapi kini dan hilangkan kesakitan yang di alami..
"Alhamdullilah perlaku tak pukul aisya dari xray yang dibuat .tapi aisya jadi spt ini kesan adari gigitan semut,nyamuk dan binatang-binatang kecil.
"Gambar 1st keadaan aisya skrg bibir dan sekitar mulut bernanah,mata keluar nanah,sekitar leher bernanah.. Alhamdullilah dia kembali kpd saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa..saya sangat beryukur..
"Doa anda semua moga Allah membalas segalanya..terima kasih kerana prihatin kepada kami
Ini fotonya:
Semoga bayi ini kembali sihat dan terus sembuh dari sakit akibat digigit kerengga itu.
Kesian betul melihat foto berkenaan.
Namun syukur juga bayi ini masih ditemui dan juga dalam keadaan yang tidak dalam bahayakan nyawanya.
Semoga pihak polis terus buat siasatan dan pesalah harus dihukum dengan berat.
Sehingga ini, seorang warga Nepal telah ditahan untuk siasatan.
0 comments:
Post a Comment