09:17 0

"Mira pandai bagi idea" - Pendedahan Syafiq Kyle


Pelakon yang sedang dilanda kisah panas, Syafiq Kyle tampil berkongsi pengalaman bergandingan dengan pelakon Mira Filzah menerusi drama iklan pendek berjudul Pelangi Cinta.

Drama iklan ini merupakan tajaan dari minuman 100 plus.


Melalui portal mStar, Syafiq Kyle telah mendedahkan bahawa dia amat senang bekerjasama dengan Mira yang dianggap seorang yang bijak menyusun dialog secara spontan.

Ini pendedahan Syafiq Kyle:

"Bekerja dengan Mira sangat senang sebab dia bijak. Kami diberi peluang untuk membuat dialog sendiri secara spontan.

"Pengarah membenarkan skrip kami berdua dibuat ketika berada di set penggambaran. Mira pula pandai bagi idea yang kita sendiri pun tak terfikir.

"Memang mudah nak berbicara dengan dia dan saya pun turut berkongsi idea dengan dia,"

Pelakon ini berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Eksklusif dan Sesi Beramah Mesra dengan barisan artis Pelangi Cinta di Pavilion.

Syafiq Kyle dan Mira Filzah pertama kali bergandingan menerusi drama iklan Pelangi Cinta

Selain kedua-dua mereka, drama yang berdurasi selama 10 minit itu turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Aiman Hakim Ridza dan Syukri Yahaya.

Berkongsi mengenai kehidupan selepas dilanda kontroversi video panasnya, Syafiq berkata dia banyak banyak belajar beberapa perkara selepas apa yang terjadi berlaku pada bulan Ramadan.

Pelakon ini mengatakan dia juga seperti manusia biasa yang mahu menebus dosa di bulan yang amat mulia ini.

"Alhamdulillah kehidupan sekarang, saya banyak belajar dan banyak benda yang saya nampak bila semua yang terjadi pada bulan Ramadan.

"Seperti orang lain, saya juga manusia biasa yang tahu bulan puasa ini waktu untuk kita menebus dosa.

"Itu yang saya hajatkan. Menjadi atau tidak, itu biarlah saya sendiri yang tahu," 

"Apa yang boleh cakap saya rasa bersyukur sangat. Ada orang-orang yang sokong satu sama lain.

"Maksudnya apa yang saya faham, itu yang mereka faham juga di bulan yang baik ini. Mereka nampak dari pandangan yang positif dan nampak apa yang mereka perlu lakukan.

"Saya berterima kasih kepada artis-artis yang beri sokongan. Bukan sahaja artis, kawan-kawan saya juga yang beri kata-kata semangat. Saya sangat hargai," 

Sejak 27 Mei lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan viralnya video dikatakan Syafiq Kyle sedang video call dengan seorang wanita.

0 comments:

Post a Comment