Penyanyi popular tanah air, Datin Alyah telah mendedahkan karenah suaminya, Datuk Ramli MS, terutama dari segi makanan.
Selalunya makanan seperti ketupat, rendang, lemang, soto atau pun lontong adalah makanan biasa yang menjadi pilihan kebanyakan orang bagi menyambut 1 Syawal tetapi tidak buat Ramli MS.
Alyah mengatakan Ramli MS mempunyai menu tersendiri untuk dinikmati pada pagi raya selain menyatakan Ramli MS seorang yang sibuk memasak di dapur.
"Suami saya memang penggemar asam pedas, sampaikan pagi raya pun dia nak makan asam pedas yang dimasaknya sendiri.
"Pada awal dahulu saya pelik juga dengan sikapnya itu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa malah membantu menyediakan bahan-bahan untuk memasak asam pedas.
"Tetapi saya tidak pernah masak asam pedas untuknya kerana dia sangat cerewet dan lebih baik dia masak sendiri dan saya makan sahaja,"
Dedah Alyah lagi, sehari sebelum hari raya, Ramli MS akan membeli bahan-bahan memasak asam pedas di sebuah pasar di Petaling Jaya untuk .
"Suami saya memang sejak dulu pergi ke pasar itu sahaja untuk beli barang-barang basah dan kalau kedai itu tutup memang tak masaklah asam pedas.
"Tetapi kebiasaannya sehari sebelum raya, dia akan beli bahan-bahan dan saya akan tolong sediakan untuk memudahkan dia memasak,"
Itulah sedikit sebanyak karenah suaminya, pengarah muzik ternama, Datuk Ramli MS.
Apabila ditanya tentang persiapan raya, Alyah berkata, dia akan menyambut Aidilfitri secara sederhana sahaja di Kuala Lumpur bersama ibunya memandangkan adik-beradiknya yang lain berhari raya di rumah mertua.
0 comments:
Post a Comment