Pejam celik, pejam celik, amat kejap sahaja masa berlalu, dalam tempoh kurang dari seminggu rupanya Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelma.
Maka berakhirnya bulan ramadan yang penuh mulia ini.
Ketika inilah akan dapat dilihat orang ramai akan menyiapkan segala persiapan menyambut hari raya.
Beli baju baru, beli kelengkapan baru, semuanya serba serbi baru.
Malah lebih meriah lagi, lagu raya juga sudah mula dimainkan di corong-corong radio.
Dalam pada itu, apabila ditanya tentang perkembangan Izreen Azminda menyambut raya, pelakon ini menyatakan dia akan menyambutnya bersama suami Ude Wahid dan anak kandungnya.
Namun anak-anak Ude Wahid akan beraya bersama ibunya iaitu bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana.
Kata Izreen lagi, persiapan meeka sekeluarga pula hanya secara sederhana, prepare yang biasa sahaja.
Ini komen dari Izreen Azminda:
"Tahun ini, saya masih lagi beraya bersama suami dan anak, tanpa anak-anak dia kerana mereka akan beraya dengan ibunya. Mungkin tahun depan lain.
"Kalau setakat kami berdua pun tak ada apa-apa sebenarnya, setakat prepare benda biasa je"
Dalam pada itu, anak Izreen Azminda bersama bekas suami terdahulu kini sudah pun berumur 5 tahun.
Ditanya tentang adakah anaknya itu berpuasa, Izreen berkongsi bagaimana dia cuba mengajar anaknya untuk mula cuba puasa.
"Adalah suruh dia berpuasa tapi tahan dalam sejam je. Biasalah budak-budak baru umur 5 tahun kan? kang tiba-tiba dia pergi minum susu sendiri.
"Tapi dia faham dan pandai behave. Dia tahulah saya puasa semua"
Kata Izreen lagi, sempena hari raya ini nanti, dia bakal muncul dalam beberapa program Hari Raya.
loading...
0 comments:
Post a Comment