Pelakon popular Datin Umie Aida telah tersentuh dengan kisah sedih anak sulung tiga beradik berumur 13 tahun yang terpaksa menjaga adiknya menghidap kanser di wad Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.
Satu nukilan luahan hati telah dimuat naik oleh Umie Aida di laman media sosial miliknya, hari ini.
Ternyata perkongsian dari Umie Aida ini turut membuat ramai netizen terharu.
Ekoran dari pendedahan itu, ramai juga yang telah bersedia untuk membantu anak-anak tidak bernasib baik itu.
Ketika melawat wad menempatkan kanak-kanak kanser itu Umie Aida tidak dapat membayangkan kesedihan dilalui kanak-kanak terbabit.
"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tidak pernah terbayang di fikiran saya mendengar kisah lara di sebalik keceriaan wajah anak-anak syurga terbabit.
"Ya, saya terpana dan tersentuh dengan kisah anak sulung tiga beradik berusia 13 tahun itu. Dia terpaksa melupakan persekolahannya demi menjaga adik yang menghidap kanser"
Jelas Umie, perkara itu diketahui pihaknya sewaktu terlihat remaja terbabit bersendirian menjaga adiknya itu.
"Sebaik ditanyakan mana ibu dan ayahnya, dia menangis.
"Dalam nada teresak-esak, mereka memberitahu ayah dan ibunya sudah berpisah dan kini tinggal bersama ayahnya. Dia memberitahu tiada siapa boleh menjaga adiknya. Namun dalam waktu sama dia mahu terus bersekolah"
Kata Umie, dia terkejut kerana masih ada rakyat Malaysia begini.
"Apa akan jadi pada masa depan anak terbabit tanpa pelajaran? Ibu mereka pula tidak pernah menjenguk mereka"
Memang sedih betul kisah ini.
Umi Aida telah melawat ke hospital bersama rakan artis yang lain seperti Siti Saleha dan Fauziah Latiff.
Ini luahan penuh dari Umie Aida:
"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, tidak pernah terbayang di benak me mendengar kisah lara di sebalik keceriaan wajah anak-anak syurga ini. Me terpana dan tersentuh dengan kisah anak sulung tiga beradik berusia 13 tahun yang terpaksa melupakan sekolahnya demi menjaga adik yang menghidap kanser.
"Me tanya, mana ayah mak? Sebelum bersuara, air matanya dulu menjawab. Dalam esakan, katanya ayah mak dah lama berpisah.
"Saya tinggal dengan ayah. Takde sape yang boleh jaga adik. Tapi saya nak sekolah." Mendengar cerita anak ini membuat me tergaman untuk seketika. Masih ada rakyat Malaysia begini?
"Apa akan jadi dengan masa depan anak ini tanpa pelajaran. Si ibu... tak pernah menjenguk mereka. In shaa Allah kita sama2 buat sesuatu supaya anak ini dapat meneruskan pelajarannya.
Itulah luahan dari Umie Aida
loading...
0 comments:
Post a Comment