Pelakon popular Fathia Latiff dan keluarganya, kini sedang bercuti di negara Eropah.
Fathia bercuti bersama ibu bapa dan adiknya menjelajah Eropah bermula di London, sejak empat hari lalu.
Namun mereka sekeluarga telah berdepan ujian apabila mereka terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland, awal pagi tadi.
Pelakon berumur 30 tahun itu memaklumkan, pesawat yang mereka naiki untuk ke Switzerland terpaksa dilencongkan ke Jerman disebabkan masalah cuaca.
Fathia sekeluarga dikatakan terkandas kerana adanya ribut petir sedang melanda Switzerland.
Untuk meneruskan perjalanan, mereka dikatakan perlu menaiki kereta api ke destinasi yang sepatutnya.
Selain masalah terkandas, Fathia turut meluahkan kerisauan apabila bagasi yang mengandungi barangan peribadi termasuk ubat bapanya masih tidak dapat dikesan.
"Emak mahu membuat aduan mengenai kehilangan bagasi di lapangan terbang di sini, tetapi tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan. Kami masih menunggu bas ke Switzerland.
"Ini kali kedua saya tidak menerima bagasi selepas mendarat. Saya berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mengatasi masalah ini,"
Selepas tujuh jam perjalanan, Fathia Latiff akhirnya berkongsi perkembangan terkini di Instagram kira-kira jam 7 pagi tadi mengatakan mereka sudah selamat tiba di St Gallen, Switzerland.
Ini komen penuh oleh Fathia Latiff:
"Assalamualaikum. My family and i are stuck here in Germany. We are suppose to land in Switzerland. Due to bad weather i.e storm, they will get us there by bus for goodnes sake!!
"This has been the second time i dont get my luggage! @Ryanair pls dont miss my stuff again.we are stuck here in Germany
"My mom wanted to complain/ report regarding out lost luggage here, at the airport in Germany but it seems like thers nothing they can do here, and now we are waiting for the bus to get to Switzerland. @Ryanair please do something.
"This has been the second time i dont get my luggage upon arrival! @Ryanair pls dont miss my stuff again.we are stuck here in Germany and i need my luggage!
"We are stranded in Germany airport due to Storm in Switzerland.
"My dad's important medicines is inside the luggagee!!! @Ryanair!!!!
"Even our bag is still missing! @Ryanair
Itulah antara tweet dari Fathia Latiff yang meluahkan rasa tak puas hatinya.
loading...
0 comments:
Post a Comment