Bila agaknya pelakon Remy Ishak akan bernikah dengan tunangnya. Persoalan ini sering menjadi tanda tanya para peminat Remy Ishak.
Di imbas kembali, Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei tahun lepas.
Pelakon berumur 36 tahun ini berkata, ketika ini mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Pasangan ini juga sedang mempelajari tentang diri masing-masing di tambah dengan faktor komitmen kerja sekaligus membantutkan perancangan mereka berdua berkahwin.
"Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan.
"Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa... sekarang pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja,"
Ketika ini, pelakon bertubuh sasa ini, kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Sangkar.
Jelasnya, dalam tempoh pertunangan inilah mereka dapat menguji diri sendiri sama ada cukup bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan.
"Macam mana hendak berkahwin kalau masalah dan dugaan yang datang sekarang pun tak boleh diselesaikan?
"Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,"
Tentang perkembangan lain, Remy berkata, dia kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama Puteri Aishah iaitu Pulang yang bakal menemui penonton pada Julai ini.
Dalam pada itu, Remy juga masih dalam proses penggambaran filem Sangkar yang menggandingkannya dengan aktor hebat iaitu Zul Ariffin.
0 comments:
Post a Comment