09:42 0

Cemas Selepas Jalani Pembedahan.. Alami Kesan Sampingan

Pengacara Aidid Marcello berkongsi detik cemas selepas menjalani pembedahan.




Aidid telah berkongsi bahawa dia tidak mampu membuang air kecil selepas satu operation yang dilakukan pada bahagian lutut kirinya hari Sabtu yang lalu.

TAK BOLEH KENCING

Aidid menerusi Instagram memberitahu perkara itu berpunca akibat kesan sampingan ubat tahan sakit yang diberikan kepadanya.

Namun khabarnya keadaannya kini semakin pulih.

Jelasnya lagi, pembedahan tersebut berjalan lancar dan pergerakannya semakin baik selepas melakukan fisioterapi.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar! Semua dipermudahkan. Jadi hari ini dah buat fisioterapi dan banyak juga peningkatan.

"Cuma paling perit bila tak dapat kencing semalam memang cuak. Itu adalah kesan sampingan ubat tahan sakit.

"Tapi buat masa sekarang Alhamdulillah," 

Aidid dipercayai mengalami kecederaan serius itu sehingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola beberapa hari lalu.

FIRST TIME MASUK HOSPITAL

Aidi juga menyatakan pembedahan itu adalah pengalaman pertamanya dimasukkan ke hospital sepanjang hidup nya selama 38 tahun.

Ini perkongsiannya:

"2018-1980 = 38 tahun. Alhamdulillah, aku dibesarkan di kampung membawa ke bandar, dari bujang sampai kahwin, Allah kuatkan semangat dan jaga kesihatan aku.

"Tapi hari ini (Jumaat) dalam sejarah, akhirnya tangan aku ditusuk jarum dan merebahkan diriku di tilam hospital menunggu kurang lebih 21 jam sebelum lututku di perbaiki," 

KOMEN PEMINAT

Rata-rata para followernya di laman Instagram turut berkongsi pengalaman yang sama dan mendoakan Aidid supaya sembuh dengan cepat.

"Macam suami saya. Tiga bulan cuti kerja, tiap minggu buat fisio dan follow up. Dua minggu selepas pembedahan dah tak pakai tongkat. Alhamdulillah sekarang dah okey.

"I feel you. Sebab pernah melaluinya. Dalam masa tiga bulan baru boleh jalan dengan betul. Semoga cepat sembuh. Kena rajin buat fisio.

"Nasib kita sama abang @aididmarcello. Semoga kita sama-sama cepat sembuh. Amin,"

Semoga Aidid Marcelo kembali sihat selepas ini.

PROMO HARGA MURAH



0 comments:

Post a Comment