Showing posts with label Ani mayuni. Show all posts
Showing posts with label Ani mayuni. Show all posts
18:20 0

Ani Mayuni NAFI Ditendang Suami, Tetapi Mengaku Dipukul…Macam Mana Pula Tu?

                                           
Baru-baru ini kecoh kes penyanyi dangdut, Ani Mayuni yang mendakwa telah berlaku pergaduhan besar antara dia dan suaminya, Zairi Azmi hingga satu laporan polis terpaksa dibuat.

Ini kerana dia dikatakan telah ditendang hingga mengalami kecederaan.

Namun dalam ketika dihubungi Mstar.com, penyanyi berusia 33 tahun itu MENAFIKAN pula dia ditendang seperti mana yang dilaporkan

“Selepas kejadian dipukul pada waktu pagi itu, saya perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin kerana pada sebelah petang, saya perlu menghadiri satu undangan persembahan. Risau juga kalau tak boleh nak menyanyi.

“Tetapi atas nasihat doktor, saya perlu membuat laporan polis supaya dapat membuat pemeriksaan sepenuhnya. Jujur saya katakan, apa yang dilakukan itu bukan kerana niat untuk bercerai,” katanya.

Untuk rekod, Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, dilaporkan mengalami kecederaan itu setelah ditendang dan dipukul oleh suaminya yang juga merupakan bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.

Dalam laporan media tersebut, penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi.