10:30 0

Pelakon Watak Hantu Kak Limah Kemalangan Jalanraya, Rempuh Lori


Pelakon Watak Hantu Kak Limah Kemalangan Jalanraya, Rempuh Lori


Delimawati yang terkenal setelah membawa watak Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

FAKTA TERBARU: Tentang Rokok Yang Pelik (BACA SINI)

Pelakon tersebut disahkan terselamat dari kemalangan yang mengerikan itu.

Dalam kejadian petang semalam yang berlaku di Rembau, kereta dipandu adik lelaki beliau tergelincir dan terbabas sehingga merempuh lori.

Disyaki puncanya akibat jalan raya yang licin ekoran keadaan hujan lebat.

Ini komen Delimawati:

“Benda sudah nak jadi sedangkan adik saya memandu perlahan sahaja ketika itu. Brek juga seperti tak makan hingga lori yang dirempuh terbalik. Dalam usaha mengelak daripada keadaan menjadi teruk, kereta kami terlanggar pembahagi jalan”

“Alhamdulillah keadaan saya dan dua orang adik lelaki saya baik sahaja. Malahan pemandu lori berkenaan juga terselamat biarpun keadaan lorinya agak teruk kesan dilanggar dan terbalik,” 

Tambah Delimawati, satu laporan polis telah dibuat di Chembong, Selangor dan kereta yang rosak juga telah dihantar ke bengkel oleh adiknya.

FAKTA TERBARU: Tentang Rokok Yang Pelik (BACA SINI)


0 comments:

Post a Comment