Program Sehati Berdansa merupakan program hiburan realiti yang menampilkan personaliti popular di
negara ini, mereka menari secara berpasangan di hadapan penonton dan juri.
Dalam program tersebut, mereka mempersembahkan tema tarian yang ditetapkan pada setiap minggu.
Turut disentuh dalam program tersebut adalah cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah.
Penonton juga didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya.
Namun, entah di mana silapnya, sudah enam pasangan artis yang pernah terlibat dalam program tersebut, berhadapan dengan masalah dalam kehidupan rumah tangga masing-masing.
Mereka ialah Sabrina Ali Dad Khan dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim,Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia – Ariff Johan Abdul Aziz; Dira – Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG – Shazlin Sharif dan Anne Ngasri – Abdul Wafi Hassan.
Kesemuanya melalui proses penceraian.
Terbaru pasangan dalam program Sehati Berdansa yang mengalami masalah rumahtangga adalah penyanyi dangdut terkenal Ani Mayuni. Lebih teruk lagi dia mendakwa dipukul dengan teruk oleh suaminya!
Menurut Harian Metro, Ani membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.
Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.
Nampaknya ‘badi’ program ini berterusan…mungkin suratan atau kebetulan (macam tajuk lagulah pula).
Apapun, tak kisahlah Ani ke, siapa ke…yang pasti penulis akan sentiasa berdoa agar pasangan itu akan kembali damai namun sekiranya ia memang gagal diselamatkan, penceraian mungkin kaedah terbaik.
Apatah lagi bila melibatkan kekerasan fizikal seperti yang Ani lalui, payah rasanya kalau terus tinggal serumah.
Apapun sebelum membuat apa-apa keputusan, dapatkanlah dulu nasihat daripada mereka yang arif, fikirkan juga nasib anak-anak…jangan terus biarkan emosi menguasai fikiran.
Banyakkan berdoa dan bertawakal.
Sumber : Mynewshub
0 comments:
Post a Comment