16:28 1

Azmeer Guris Perasaan Keluarga OKU

Azmeer Guris Perasaan Keluarga OKU


Satu petisyen menuntut komposer terkenal Azmeer untuk meminta maaf terhadap golongan Down Syndrome telah ditubuhkan di laman sosial Facebook.


Petisyen itu diwujudkan berikutan komen kurang sensitif yang keluar daripada mulut Azmeer ketika memberikan komen kepada peserta akhir rancangan realiti Bintang Mencari Bintang, Tapaw, Ahad lalu.

Azmeer ketika memberi ulasan kepada Tapaw telah menyebut, “kumpulan Tapaw ini bodoh-bodoh Down Syndrome”.

Sehubungan dengan itu seorang pengguna Facebook, Adriana Zuleika Azmi yang juga ibu kepada kanak-kanak Down Syndrome telah mewujudkan petisyen tersebut dan menurutnya setakat ini sudah ada lebih kurang 600 orang yang telah menandatangani petisyen yang mendesak Azmeer dan pihak TV3 untuk memohon maaf terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

1 comments: