17:30 0

Obses dengan kucing : Simpan 100 ekor kucing mati di rumah





Seorang wanita yang dikenali sebagai Terry, terlalu obses terhadap kucing dan juga pencinta binatang peliharaan itu telah menyimpan 100 ekor kucing mati di dalam peti sejuk di rumahnya. Dia telah membawa krew tv ke rumahnya bagi rakaman episod tv yang mengejutkan ramai di Amerika Syarikat.

Sebahagian besar kucing yang mati itu disimpan beku dan ada yang dibalut dalam plastik kedap udara. Masih ada lebih kurang 50 ekor lagi kucing yang hidup menjadi koleksi dalam rumahnya.

Terry mula mengutip kucing yang berkeliaran beberapa tahun lalu namun akhirnya tidak terkawal kerana sudah terlalu banyak bilangannya. Disebabkan gagal memberikan perlindungan yang baik dan tidak mampu menyediakan  makanan yang mencukupi, seekor-demi seekor kucing peliharaannya jatuh sakit dan mati.

"Tambahan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengkebumikan kucing yang mati itu, maka atas perasaan terlalu sayang menyebabkan saya terus menyimpan kucing-kucing yang mati itu di dalam peti sejuk. Saya tahu seharusnya saya menanam kucing-kucing ini tetapi tidak sampai hati dan saya tidak mahu mereka  pergi meninggalkan saya." ceritanya sambil menitiskan air mata.

0 comments:

Post a Comment