Searching...
12:08 0

Budak Perempuan Umur 4 Tahun Sudah Menagih Dadah

Sedih tentang kisah yang melanda seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Usianya baru empat tahun, namun sudah ketagihan dadah selepas terdedah kepada perbuatan ibu bapanya yang juga penagih dadah tegar melepas gian di hadapan kanak-kanak perempuan itu.

Lebih mengejutkan kanak-kanak itu turut dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual di kawasan tempat tinggalnya di Jalan Chow Kit, di sini, menyebabkan dia menjadi trauma terhadap lelaki.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sukar mengesan siapa pelaku gangguan seksual itu berikutan tempat tinggal mangsa dan ibu bapanya dipenuhi penagih dadah.

Mangsa ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di pinggir ibu kota selepas ibu bapanya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah sebulan lalu.

Jurucakap pusat perlindungan itu berkata, mangsa petah bercakap dan dia menceritakan tinggal dalam rumah yang turut menjadi tempat penginapan beberapa penagih dadah lain.

“Difahamkan, kanak-kanak itu sejak kecil membesar dalam keadaan persekitaran yang amat teruk iaitu dikelilingi penagih dadah berikutan kedua-dua ibu bapanya juga penagih dadah.

 “Setiap hari mereka melepaskan gian di hadapan kanak-kanak itu menyebabkan dia kerap terdedah kepada asap dadah itu hingga turut mengalami ketagihan,” katanya.

Selepas ibu bapanya ditahan dan dimasukkan ke penjara, kanak-kanak itu terabai sebelum dia diselamatkan sebuah yayasan kebajikan, seterusnya dihantar ke pusat perlindungan.

Jurucakap itu berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi aneh ketika mula-mula berada di pusat perlindungan sehingga dia demam pada 1 Julai lalu dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Doktor wanita yang merawatnya mendapati mangsa mengalami trauma yang teruk terhadap lelaki. Ini kerana, apabila doktor lelaki mendekatinya untuk pemeriksaan, dia takut dan mula menjerit.

“Berikutan itu, doktor wanita berkenaan percaya kanak-kanak itu mangsa gangguan seksual,” katanya.

Doktor berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Cheras. -metro-

0 comments:

Post a Comment