15:27 0

Zarina Dipukul Penjual Sayur

Zarina Zainuddin baru-baru ini mengatakan amat gembira dengan kehidupan bermadunya. Zarina yang berusia 43 tahun dan mempunyai 4 orang anak juga kini giat berlakon pelbagai drama termasuk yang terbaru Teduhan Kasih.

Berikutan watak jahatnya dalam drama tersebut, ianya sedikit banyak memberi impak kepada kehidupan realitinya. Baru-baru ini, beliau di katakan telah dipukul oleh seorang penjual sayur yang amat taksub dengan drama tersebut.

Berikut kata-kata Zarina:

Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Tetapi paling teruk, saya kena pukul dengan seorang peniaga sayur di pasar. Dia pukul bahu saya bertubi-tubi dan kata saya jahat. Tetapi saya tidak marahkan peniaga itu dan menganggap ia reaksi spontannya impak menonton lakonan saya dalam drama Teduhan Kasih.

0 comments:

Post a Comment