Searching...
07:40 0

Kisah Cinta Farahdhiya

Terbaca di KOSMO tentang kisah percintaan artis kacukan yang jelita iaitu Farahdhiya dengan seorang jejaka berstatus suami orang. Dikhabarkan kekasih hati itu berkeluarga dan bukannya duda.

Jom baca laporan DIVA [kosmo]:

SUDAH masuk bulan meraikan kemerdekaan. Tapi, bulan Syawal belum habis.

Jadi, kalau masih ada yang bercadang mahu buat rumah terbuka, kena bubuh nama rumah terbuka merdeka rayalah, baru kena dengan tema! Aduh, terbengkalai lagi projek Diva mahu tonton televisyen, dah banyak terlepas slot drama macam Derhaka Seorang Madu, takut pula dengar judulnya.

Cakap pasal drama berkenaan, Diva teringatkan cerita kedai kopi yang disembangkan seorang teman pasal Farahdhiya. 

Katanya, Farahdhiya sekarang sudah putus cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya ala-ala Arab. Mesti kacak dan yang nyata, lelaki itu boleh tahan juga mewahnya. Tapi sayang, sudah punya keluarga. Kira macam cinta tiga segilah juga ya?

Okey, tapi sekarang mereka sudah putus. Jadi, tiada lagi cinta berpenjuru. Kira okeylah, mungkin Farahdhiya pun sedar mencintai milik orang adakalanya berisiko tinggi. Lagipun Diva dengar, mereka pun tiada persefahaman. Eloklah begitu. Farahdhiya, awak cantik dan seksi bergetah, seorang hilang, 10 lagi yang akan datang melutut.

0 comments:

Post a Comment