08:48 0

Saida Bakal Berkahwin

Satu lagi gosip dari DIVA [kosmo].

Ini kisah tentang Saida AF kakak kepada Siti Nurhaliza. Ramai yang tahu tentang penceraian Saida dengan bekas suaminya dan tak kurang juga yang terkejut.

Kini dikatakan Saida bakal berkahwin sekali lagi.

 Baca Laporan DIVA KOSMO: 

MULA-MULA, tahniah Diva nak ucapkan kepada kakak Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida Taruddin yang kini sudah bertudung dan bakal menunaikan haji tidak lama lagi. Muda-muda sudah dapat peluang tunaikan haji. Alhamdulillah. 

 Diva pun nak buat haji juga, tapi sebelum Diva balik bergelar hajah, Diva nak kena latih protege baharu sebab nanti orang kata, kalau dah jadi hajah, mulut, hati, tangan dan semuanya sudah bersuci, jadi tak kuasa lagi Diva nak tulis benda-benda yang asyik-asyik kena mengata hal orang macam sekarang. Kalau Diva dan kaum kerabat tak mengatakan, siapa lagi. 

 Dalam sibuk-sibuk berumah terbuka, seorang kawan dengan mulut penuh biskut tat nanas sudah cuit bahu Diva. Katanya, dia dapat tahu bahawa Saida sekarang bukan main bahagia lagi. Mahunya tidak, bukan sahaja sudah berubah penampilan. Tapi, hatinya juga sudah ada calon suami pilihan dan yang penting, mereka sudah tetapkan masa mahu berkahwin. Bilakah tarikh kahwin, tak pula Diva tahu, mungkin lepas balik haji agaknya. 

Entahlah. Diva pun mula berkira-kira, lama sudah Saida menjanda, tak elok simpan lama-lama, nanti jadi fitnah. Menurut kawan Diva, bakal suami Saida itu orangnya kaya raya dan mengendalikan syarikat pengurusan majlis. Bertuah Saida.

0 comments:

Post a Comment