10:13 0

Naquia Bukan Janda - Black


Black Mentor telah selamat bernikah dengan isterinya bernama Naquia. Namun terdapat dakwaan dari beberapa pihak yang mengatakan Naquia sebenarnya seorang janda. Tindakan atau dakwaan ini telah membuatkan Black Mentor panas hati dan segera membidas tanggapan yang tidak masuk akal itu.

Menurut Black, dakwaan sedemikian tidak betul dan isterinya bukanlah berstatus janda seperti yang dicanang oleh sumber-sumber yang tidak dipastikan kesahihan dan kebenarannya.
“Kenapa nak tanya soalan begini kepada saya? Soalan ini tidak masuk akal langsunglah. Isteri saya bukanlah seperti yang dikhabarkan.”

Pada masa yang sama, Black turut menjawab tanggapan orang ramai tentang kaitan persaudaraan antara Naquia Yasirah dan pelakon Datin Umie Aida. Katanya, Naquia bukan anak saudara kepada pelakon itu tetapi anak saudara kepada suaminya.

"Saya nak betulkan sedikit kenyataan media. Cira bukanlah anak saudara kepada Umie Aida tetapi dia adalah anak saudara kepada suami Datin Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan."

“Umie telah hadir ke majlis resepsi sebelah perempuan pada malam 13 September bersama suaminya. Dari awal lagi, saya pun sudah dimaklumkan bahawa dia tidak akan hadir pada majlis resepsi keesokan harinya kerana dia sibuk."

“Saya tidak kisah perkara tersebut kerana saya lebih mementingkan keluarga terdekat yang hadir. Apapun, saya bersyukur segalanya berjalan lancar,” jelas Black yang bercuti dari nyanyian sehingga penghujung September ini."


0 comments:

Post a Comment