Sebelum keluarnya filem paling ditunggu-tunggu, KL Gangster 2 lakonan pelakon popular dan hebat masa kini, pelbagai kontroversi telah melanda.
Terkini kontroversi salah seorang pelakonnya Adi Putra yang dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang telah menyebabkan 2 laporan polis dibuat, masing-masing oleh seorang ahli perniagaan dan satu lagi oleh Adi Putera.
BACA LAPORAN ROTIKAYA:
Ini berita paling panas yang akan menjadi bualan ramai untuk beberapa minggu yang akan datang. Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis terhadap Adi Putra mendakwa pelakon itu ada hubungan sulit dengan isterinya.
Ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.
Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.
Adi Putra dan wanita itu difahamkan baru sahaja seminggu berkenalan.
Menurut sumber, Adi Putra dan wanita itu mengaku yang berbalas mesej selain bertukar tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan untuk suka suka & mereka tidak pernah berjumpa selama ini.
Adi Putra Turut Buat Laporan Polis
Laporan Berita Harian hari ini juga menyebut yang Adi Putra turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa diugut oleh lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.
Adi Putra mendakwa telah menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos yang lalu & menerima ugutan akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, selain mahu memastikan Adi Putra dihalau keluar dari Malaysia.
Kami ada menerima satu ‘salinan’ laporan polis yang didakwa merupakan laporan yang dibuat Adi Putra kerana bimbang akan keselamatan diri dan juga keluarganya.
0 comments:
Post a Comment