19:57 1

MIG Gam Aeril Zafrel



David Teoh telah membuat kenyataan ekoran kontroversi perkahwinan rahsia antara Aeril dan Wawa. MIG secara rasminya akan mengGAM Aeril Zafrel tetapi masih membuka pintu buat Wawa jika pelakon wanita itu masih mahu berlakon pada masa akan datang.

Kata David Teoh:

“Wawa masih muda dan saya faham, wanita dalam usia sepertinya pasti ada melakukan kesilapan. Buat masa ini, saya hanya ingin mendengar penjelasannya berhubung perkara terbabit dan jika dia ingin kembali ke dunia lakonan, saya tetap menerimanya dengan hati terbuka.

“Namun, buat Aeril, saya sudah serik dengan sikapnya yang pernah menipu, kononnya pergi belajar agama, tetapi dia pergi berlakon dengan produksi luar. Saya tidak lagi percaya dengannya dan tidak berminat langsung mengambilnya berlakon dengan produksi saya,” katanya.

David juga berkata jika ingin bercinta janganlah disorokkan apatah lagi sesebuah perkahwinan. Bagi David seseorang pelakon di bawah naungan syarikatnya haruslah telah "matang" barulah boleh bercinta. Dia juga memberi contoh artis di bawah MIG yang juga hangat bercinta tetapi tiada masalah buat David seperti Lisa Surihani dan Intan Ladyana.


1 comments: