20:01 0

Wawa Zainal Buat Kenyataan Di Twitter



Lagi kisah hangat perkahwinan misteri Aeril dan Wawa. Pasangan yang dikatakan telah berkahwin ini nampaknya lebih gemar untuk memberikan jawapan balas menerusi laman Twitter masing-masing daripada tampil kepada pihak media untuk menjelaskan kemelut ‘perkahwinan’ mereka yang kini sedang hangat diperkatakan ramai. 

Wawa menulis di laman Twitternya mengharapkan Aeril terus tabah kerana sememangnya dari dulu lagi ada pihak yang cuba menjatuhkan aktor tersebut. 

Saya kenal Aeril Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia dan memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya”.

Wawa juga menambah bahawa segala persoalan berhubung isu ini akan terjawab dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan dia. Semua persoalan kalian akan terjawab dalam masa terdekat,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment