Mengulas tentang dakwaan terbaru itu, Wawa secara terbuka tidak menafikan kebenaran cerita tersebut dan mengakui dirinya memang masih tunangan kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, dia hairan kenapa baru sekarang Rahsid muncul dan mengaku adalah tunangnya yang sah selepas empat tahun menghilang tanpa berita.
"Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkaitan dengan isu ini kerana saya sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan keadaan kami. Ini kerana perbincangan tersebut (hubungan) berlaku antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa pihak lelaki itu."
"Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?"
Dalam pada itu, Wawa turut mengulas tentang dakwaan Rahsid yang mengatakan dia pernah menumpang di rumah adik perempuannya ketika kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
"Ya, saya mengaku pernah menumpang di rumah adik lelaki tersebut seperti yang didakwa. Saya memang datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010, sebelum saya menjadi artis."
"Ya, saya mengaku pernah menumpang di rumah adik lelaki tersebut seperti yang didakwa. Saya memang datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010, sebelum saya menjadi artis."
"Bagaimanapun, sama seperti mana saya tidak berhubung dengan lelaki tersebut, begitu juga dengan adiknya. Kali terakhir saya berhubung dengan lelaki tersebut adalah kira-kira hampir empat tahun lalu dan kini memang telah terputus hubungan."
-ceritakosongku
Wawa, better diam dan jangan bagi statement lagi.
ReplyDeleteThe more you talk, the more people will korek.
Just apologize and move on.
Tambah u deny, tambah lagi orang bercakap.
Reputasi u pun tak berapa bagus sekarang :)
So, just tutup mulut k?
4 thn x jumpa, tipu la wawa..
Deletebaru last year jumpa kat salah satu restoran d Bandar Lahad Datu dgn bekas tunangnya.. nampak sangat nak lari dr masalah.. wish all the best la dengan lakonan yg wawa cipta ya ^_^
Mana kau tau yg wawa jumpa bekas tunang dia?
Deletentah...mane ko taw wawa jmpe bkas tunang die???qo spy wawa??ke ko spy bks tunang die??ke qo tunang die??puihhh!!
ReplyDelete