Searching...
17:21 0

JDT Cuba Dapatkan Drogba



JDT Cuba Dapatkan Drogba


Johor Darul Takzim (JDT) atau dikenali sabagai Harimau Selatan sedia berunding untuk memasang hajat dan impian mahu layak saingan Piala AFC 2015 seterusnya mendapatkan Didier Drogba. Fuh !

JDT telah membuat perancangan untuk mengikat kontrak dengan bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba The Beast sekiranya skuad paling kaya itu berjaya melayakkan diri dalam saingan Piala AFC pada 2015.

Didier Drogba merupakan bintang Chelsea yang telah sampai ke penghujung kariernya kini berusia 34 tahun dan sedang beraksi di Galatasaray, Turki.

Pada tahun hadapan seorang bintang handalan Pablo Aimar telah mengikat kontrak dan akan bermain untuk JDT dan jika benar-benar terjadi, Didier Drogba akan berganding dengan Aimar pada tahun 2015.

Ini benar-benar akan membuka mata seluruh dunia ke kancah sukan bola sepak Malaysia.




0 comments:

Post a Comment