20:08 2

Shila Amzah Luah Perasaan Di Laman Sosial




Shila Amzah Luah Perasaan Di Laman Sosial 


Shila Amzah kini menjadi tumpuan di media siber apabila menggunakannya untuk meluahkan kesedihan hati dan perasaan.

Umum kini mengetahui status hubungan Shila Amzah dan Johan Asari terbantut ekoran pendedahan berani mati Johan yang akui mencintai Lana Nordin dan hanya menganggap Shila Amzah sebagai adiknya sahaja.

Shila Amzah yang kini berada di perantauan, China, memang sedang bersedih atas berita itu, yang mungkin diketahuinya dari portal hiburan.

Dia telah mengemaskini dan memuat naik begitu banyak luahan perasaan dan gambar-gambar di laman sosial yang sememangnya dilihat mempunyai kaitan dengan berita percintaan Johan dan Lana. Dan yang paling mendapat perhatian tentulah gambar ibu Johan Asari dengan caption mengharapkan ibu Johan itu tabah menghadapi dugaan.

Jika beberapa luahan hati boleh diterima namun jika terlalu banyak, peminat mula menggap Shila seperti keterlaluan dan meroyan di laman sosial, da nada juga yang mengaggap Shila seperti kurang matang dan kebudak-budakkan.

Jom layan beberapa keeping gambar luahan hati Shila Amzah :







2 comments:

  1. hukum karma telah berlaku....mcm mana rasa klu kite reject org...dan mcm mana rase klu org reject ank kite....

    ReplyDelete
  2. jangan hanya nampak diri je yg betul .. kadang2 kte tak sedar yg kita pun bersalah sbnrnya .

    ReplyDelete